Pembangunan Ummah
Rangkaian Masjid An-Nur merupakan masjid yang dibina dan diwakafkan oleh Kumpulan JCorp dan Waqaf An-Nur. MAINJ melantik Waqaf An-Nur sebagai Nazir Khas bagi menguruskan operasi 7 masjid institusi di daerah Johor Bahru dan Pasir Gudang. Tiga daripada masjid itu terletak di kompleks perniagaan manakala empat buah lagi ialah masjid kariah.
Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn terus menjadi antara masjid ikon di negeri Johor dan telah menerima pengiktirafan oleh Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA) sebagai Masjid Pelancongan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC). Pembukaan IIC menjadi kemuncak kepada usaha dakwah dalam menggalakkan lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara untuk datang ke Masjid Sultan Iskandar. IIC yang kini di bawah seliaan Unit Dakwah Waqaf An-Nur bukan sahaja menjadi lokasi kunjungan pelancong, malah ianya turut menjadi lokasi bagi saudara baru untuk mendalami Islam. IIC menjadi medium dakwah untuk mendekatkan masyarakat luar terutamanya bukan Islam dan saudara baru menerusi aktiviti-aktiviti yang diadakan

Waqaf An-Nur menerusi Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru telah dilantik oleh MAIJ sebagai Nazir Khas bagi mengurus dan melaksanakan pembangunan tanah perkuburan Islam di Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru di atas tanah wakaf berkeluasan 5 ekar yang telah diwakafkan oleh Johor Land Berhad kepada MAIJ.
Pusara An-Nur ini dibangunkan menggunakan konsep Kubur Dalam Taman dengan pengurusan bersistematik, teratur dan dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur.
Pusara An-Nur ini berkemampuan menampung sebanyak 3916 jenazah dan telah memulakan operasi pada 22 Oktober 2021. Sehingga Mac 2024, 115 jenazah telah disemadikan di pusara ini.
Konsep pembangunan tanah perkuburan ini meliputi 3 bahagian seperti berikut:
80% tapak pengkebumian:
a. Lot perkuburan dewasa
b. Lot perkuburan kanak-kanak
c. Lot perkuburan warga asing/tiada waris
d. Lot perkuburan anggota badan
14% rangkaian jalan utama dan pejalan kaki
6% tapak kemudahan infrastruktur meliputi:
a. Blok pejabat
b. Kawasan parkir
c. Ruang solat, ruang rehat & stor
d. Landskap

Masjid di Kawasan Perumahan
Operasi 1991
1,300 Jemaah
Masjid di Kawasan Perumahan
Solat Jumaat Pertama, 25 Ogos 2000
1,200 Jemaah
Masjid di Kawasan Perumahan
Solat Jumaat Pertama, 8 Januari 2016
4,600 Jemaah
Masjid di Kawasan Perumahan
Solat Jumaat Pertama, 12 Sept. 2025
1,600 Jemaah
Masjid di Kompleks Perniagaan
Solat Jumaat Pertama, 17 Jan. 1992
1,000 Jemaah
Masjid di Kompleks Perniagaan
Solat Jumaat Pertama, 13 Mei 2005
700 Jemaah
Masjid di Kompleks Perniagaan
Solat Jumaat Pertama, 12 Dis. 2008
1,500 Jemaah