Prisihatin








An-Nur Care adalah pelan takaful berkelompok patuh Syariah yang menyediakan perlindungan rawatan pesakit luar di mana-mana klinik yang berdaftar tanpa kemasukan ke hospital. Pelan ini adalah percuma dan ditawarkan kepada asnaf yang layak dan terpilih dari umur 1 hingga 100 tahun.
Pelan ini merupakan kerjasama strategik di antara Waqaf An-Nur Corporation Berhad dan Prudential BSN Takaful (PruBSN) untuk memberi perlindungan yang wajar menerusi pelan rawatan klinikal pesakit luar seterusnya meringankan beban kewangan mereka.

Waqaf An-Nur Corporation Berhad
Lot 1B, Podium 1 Menara Ansar,
65 Jalan Trus, 80000 Johor Bahru,
Johor.
Tel: 07 297 2482 | E-mel: annurcare@waqafannur.com.my
Prudential BSN Takaful Berhad 200601020898 (740651-H)
Aras 13, Menara Prudential,
Persiaran TRX Barat,
55188 Tun Razak Exchange,
Kuala Lumpur.
Tel: 03 2775 7188 | E-mel: annurcare@prubsn.com.my



Pada November 2023, Waqaf An-Nur telah menjalankan kerjasama strategik bersama Capaian Aspirasi Sdn. Bhd. dan Lucenxia (M) Sdn Bhd bagi menjayakan Program Dialisis@myRumah menggunakan kaedah Automated Peritoneal Dialisis (APD).
Objektif program tersebut adalah untuk membantu pesakit dialisis yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan dan memudahkan mereka menjalani rawatan dialisis di rumah. Ianya juga dapat mengurangkan risiko jangkitan serta memberi peluang kepada pesakit untuk kembali bekerja dan kembali kepada kehidupan normal.



Hubungi 07-297 2692 bagi mendapatkan keterangan lanjut dan resit pelepasan cukai
Semua sumbangan akan disalurkan kepada Dana KWAN dan layak mendapat pelepasan cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) di bawah Seksyen 44 (6), Akta Cukai Pendapatan 1967 (Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.4890). Sumbangan boleh disalurkan melalui maklumat berikut:
5510-1630-1344
1087010009309
01010003208718
Tertakluk kepada Terma & Syarat.