Waqaf An-Nur merupakan sebuah syarikat berhad dengan jaminan tanpa syer dan di lantik sebagai Nazir Khas oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor yang pada awalnya untuk menguruskan aset atau saham yang di wakafkan oleh Johor Corporation. Waqaf An-Nur yang beroperasi berlandaskan maqasid syariah kini lebih inklusif dengan membuka peluang kepada orang ramai untuk berwakaf melalui program yang ditawarkan.
Sesungguhnya sebahagian daripada mazhab mazhab Fiqh Islam seperti Mazhab Maliki & sebahagian daripada ulama’ ulama’ mazhab kontemporari yang mempunyai kepakaran dalam bidang Syariah Islamiyah telah cenderung kepada pendapat yang MENGHARUSKAN WAQAF KE ATAS SAHAM SAHAM SYARIKAT yang telah dan sedang dilaburkan, dengan syarat, saham saham tersebut dan keuntungan yang dibelanjakan hendaklah menepati syarat syarat yang ditentukan oleh pewakaf sebagaimana dijelaskan di dalam sighah hujjah waqaf yang disepakati bersama.
JCorp mewakafkan sebahagian saham-saham Syarikat miliknya bernilai (NAB) RM 141 juta pada 3 Ogos 2006
| Keterangan Aset | Tarikh Wakaf (Tandatangan Hujjah) | Unit ('000) |
|---|---|---|
| 75% saham milik JCorp dlm Tiram Travel Sdn Bhd | 11 Julai 2005 | 225 |
| Saham milik JCorp dalam Kulim (Malaysia) Berhad | 3 Ogos 2006 | 12,350 |
| Saham milik JCorp dalam KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) | 3 Ogos 2006 | 18,600 |
| Johor Land Berhad (JLand) | 3 Ogos 2006 | 4,320 |
| Saham milik JCorp dalam Capaian Aspirasi Sdn Bhd | 10 Oktober 2007 | 75 |







