Pembangunan Ummah
Program Jalinan Ukhuwah adalah program menyantuni masyarakat setempat, golongan gelandangan, mualaf dan orang asli. Program Jalinan Ukhuwah ini bertujuan menjalin hubungan baik antara Waqaf An-Nur, JCorp dan Syarikat dalam kumpulan bersama pemimpin dan masyarakat serta menyumbang tenaga demi menjamin kesejahteraan masyarakat setempat.
Program ini mensasarkan masyarakat di kawasan luar bandar. Program dilaksanakan dengan kerjasama anggota Briged Waqaf, Majlis Daerah & Pejabat Daerah, Majlis Agama Islam Negeri-negeri, serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Briged Waqaf merupakan barisan hadapan bagi Waqaf An-Nur dan Kumpulan JCorp yang memainkan peranan menghulurkan bantuan apabila berlaku sesuatu bencana yang menimpa masyarakat setempat. Keanggotaan Briged Waqaf adalah terdiri daripada anggota pekerja kumpulan JCorp. Bantuan kemasyarakatan ini turut diberikan semasa dalam keadaan aman. Bantuan kemanusiaan yang diberikan adalah bergantung kepada kepakaran dan kemampuan yang dimiliki oleh kompeni-kompeni di dalam Briged Waqaf.
