Pembangunan Wakaf
WAN Gold (sebelum ini dikenali sebagai Maruah Emas Sdn Bhd) telah ditubuhkan pada 13 Jun 2006 dan memulakan operasi sebagai pemegang pajak gadai berlesen (urusniaga Ar-Rahnu) di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor Bahru, Johor.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025, WANGold mencatatkan pendapatan sebanyak RM2.30 juta, meningkat 20% berbanding RM1.92 juta pada tahun 2024. Pertumbuhan ini didorong oleh peningkatan hasil daripada aktiviti Skim Ar-Rahnu yang terus menunjukkan perkembangan positif serta permintaan pelanggan yang berterusan.
WAN Gold mencatatkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM1.02 juta manakala keuntungan selepas cukai RM826 ribu. Penurunan berbanding tahun sebelumnya adalah selaras dengan peningkatan kos operasi dan perbelanjaan berkaitan usaha pengembangan perniagaan, termasuk persediaan pembukaan outlet baharu.
WAN Gold turut menyediakan platform jual beli emas secara atas talian ini terbuka kepada individu, syarikat dan agensi. Penawaran sistem affiliate diberikan kepada agensi Kerajaan, syarikat perniagaan dan korporat.
WAN Gold mewakafkan 5% daripada hasil keuntungan jual beli yang dibuat oleh pelanggan kepada Waqaf An-Nur dan manfaat daripada pewakafan tersebut diagihkan dalam aktiviti sosio-ekonomi & kebajikan masyarakat khususnya golongan asnaf & B40.
Syarikat telah membuat penjenamaan semula dan akan menggunakan Ar-Rahnu FLASH sebagai jenama rasmi syarikat di semua cawangan yang dimiliki.
Ar-Rahnu FLASH Setia Tropika telah mula beroperasi pada bulan Mac 2026, manakala Ar-Rahnu Flash cawangan Indahpura Kulai telah mula operasi pada April 2026.


Bisnes Ar-Rahnu merupakan satu bisnes jangka panjang yang mempunyai risiko pelaburan paling minima kerana pinjaman mikro yang diberikan kepada pelanggan adalah bercagar. Bisnes Ar-Rahnu juga lebih menjurus kepada Fardhu Kifayah dengan mengetepikan keuntungan bisnes yang melampau.
Waqaf An-Nur telah menjalinkan kerjasama dengan Koperasi Permodalan Kelantan Berhad (KoPKB) dengan membuka secara rasmi Ar-Rahn Tampoi pada 25 Januari 2022 dan Ar-Rahn Segamat pada 13 April 2025.


Platform Dagangan Emas Patuh Shariah telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pakar Shariah Waqaf An-Nur pada akhir tahun 2022 dan seterusnya An-Nur Gold telah dilancarkan pada Januari 2023.
An-Nur Gold merupakan platform dagangan emas patuh Shariah yang dipantau oleh SALIHIN Shariah Advisory dan Jawatankuasa Pakar Shariah Waqaf An-Nur.
Platform jual beli emas secara atas talian ini terbuka kepada individu, syarikat dan agensi. Penawaran sistem affiliate diberikan kepada agensi Kerajaan, Syarikat perniagaan dan Korporat.
Emas di An-Nur Gold merupakan harga secara masa nyata berdasarkan kepada harga yang diakreditasi dari London Bullion Market Association (LBMA).
Kos penyimpanan di An-Nur Gold dikira setiap hari (1% setahun) pada baki akaun emas pelanggan atau RM0.50 bersamaan dalam gram tertakluk kepada mana-mana yang lebih tinggi.
Antara kelainan yang ditawarkan oleh An-Nur Gold berbanding emas digital lain yang berada di pasaran adalah:
a. Menawarkan kadar spread yang terendah di pasaran.
b. Pendaftaran adalah percuma dan pembelian serendah RM10.
c. Setiap pembelian dan penjualan emas pelanggan juga dapat berwakaf.
d. Pengeluaran emas fizikal dengan serendah 0.5 gram sehingga 100gram.
e. Transaksi pembelian dan penjualan emas adalah 24 jam.

Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, L3-30A, Jalan Bandar, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, 81700 Pasir Gudang, Johor
No. 6, Jalan Setia Tropika 1/3, Taman Setia Tropika, 81200 Johor Bahru, Johor
59, Jalan Kenanga 29/5, Bandar Indahpura, 81000 Kulai, Johor.
31, Jalan Aliff 4, Taman Damansara Aliff, 81200 Johor Bahru, Johor
65, Aras Bawah, Jalan PKY 3, Pusat Komersil Yayasan, 85000 Taman Yayasan, Segamat, Johor