Polisi Antirasuah ini adalah pernyataan komitmen ke arah mewujudkan persekitaran yang bersih daripada rasuah di Waqaf An-Nur. Polisi ini dilaksanakan dengan penuh kebertanggungjawaban bersesuaian dengan fungsi penubuhan dan kelestarian perniagaan Waqaf An-Nur di samping terus mendukung misinya.
Sehubungan itu, Ahli Lembaga Pengarah, barisan Pengurusan dan Anggota Pekerja Waqaf An-Nur dengan ini adalah komited untuk:
- Tidak terlibat dalam sebarang bentuk rasuah, salah guna kuasa atau penyelewengan sama ada secara langsung atau tidak langsung;
- Menolak segala bentuk tawaran rasuah dan melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dengan seberapa segera;
- Menutup segala ruang dan peluang yang terdedah dengan amalan rasuah dalam semua urusan melalui penambahbaikan polisi dan prosedur secara proaktif dan efektif;
- Mewujudkan saluran aduan dan tatacara perlindungan pemberi maklumat yang efektif kepada anggota pekerja, rakan perniagaan dan pihak ketiga yang berurusan dengan Waqaf An-Nur;
- Jabatan Audit Dalam sebagai satu unit bebas yang berfungsi untuk memantau dan memastikan pematuhan kepada pelaksanaan Sistem Pengurusan Antirasuah Waqaf An-Nur;
- Memupuk amalan integriti dan membudayakan nilai-nilai antirasuah dalam pelaksanaan tugas;
- Bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang dan peraturan serta yang cuba menggugat imej dan integriti Waqaf An-Nur; dan
- Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak dalam memerangi sebarang perlakuan rasuah, salah guna kuasa atau penyelewengan.