Semenjak 2006
Kaedah pengagihan ini berpandukan kepada pemeliharaan maslahah dalam Maqasid Syariah yang bersandarkan kepada 3 kategori iaitu
Segala sesuatu yang tidak dapat ditinggalkan dalam kehidupan keagamaan dan keduniaan manusia. Keperluan Dharuriyyat ini diukur berdasarkan keperluan untuk memelihara dan melindungi 5 perkara yang menjadi matlamat Syariah iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.
Sesuatu yang diperlukan oleh manusia dalam menghindari kesempitan dan menolak kesulitan. Sekiranya tidak ada, manusia akan mengalami kesulitan dan kesempitan, tetapi tidak sampai merosakkan kehidupan.
Hal-hal yang menjadi tuntutan daripada martabat diri dan akhlak yang mulia untuk mendapatkan kehidupan yang baik. Tahsiniyyat adalah pelengkap untuk mempunyai kehidupan yang lebih selesa.
Bagi melaksanakan tanggungjawab membangun ekonomi ummah sejagat, pada tahun 20245 Waqaf An-Nur telah mengagihkan sejumlah RM27,912,832.40
Jumlah agihan ini telah diterima dari pelbagai sumber antaranya melalui komitmen Dana Waqaf An-Nur, Wakalah Zakat dan Dana Awam. Pecahan sumber agihan adalah sebagaimana carta berikut:
Aktiviti pengagihan manfaat Dana Kebajikan Am Waqaf An-Nur secara langsung sepanjang tempoh bermula 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2025 adalah sebagaimana berikut:
Waqaf An-Nur terus diberi kepercayaan untuk menguruskan Wakalah dengan jumlah RM4,182,832.40.
Dana agihan yang dibuat oleh Waqaf An-Nur bukan sahaja meliputi komitmen Waqaf An-Nur dan Wakalah Zakat, malah ianya turut meliputi sumbangan daripada orang ramai menerusi Rangkaian Masjid An-Nur, Dana Klinik Waqaf An-Nur dan rakan strategik. Pada tahun 2025, sebanyak RM13,381,441 telah diterima dan diagihkan.
Untuk maklumat lengkap laporan agihan, boleh merujuk kepada Laporan Tahunan Waqaf An-Nur 2025.